(Kredit kepada Mizan Zan http://mizan-philately.blogspot.my/2012/12/bahasa-etnik-negeri-sembilan_31.html)
Negeri Sembilan negeri Beradat, merupakan negeri Melayu yang mengamalkan Adat Perpatih yang diwarisi dari orang-orang Minangkabau yang datang ke sini sekitar kurun ke 17 lagi. Sejarah menyatakan bahawa kedatangan Raja Melewar dan rombongannya seawal 1734 atau selewat 1773, membawa bersama mereka bahasa Minangkabau yang rata-rata berbeza sama sekali dengan bahasa yang dituturkan oleh masyarakat di Negeri Sembilan. Ini dapat dilihat dalam penggunaan perkataan yang kerap tidak ada persamaan lansung dengan perkataan yang digunakan dalam bahasa Minangkabau atau bahasa persuratan Melayu sekarang.
Bagaimanakah perkara ini boleh terjadi ? Ada dua teori yang boleh diterima pakai bagi menyelesaikan perkara ini . Teori pertama menyatakan bahawa perkataan-perkataan dalam sesuatu bahasa itu boleh terbentuk secara arbiterari mengikut alam persekitaran dan cara hidup sesuatu masyarakat itu. Mereka yang hidup di pantai terilham perkataan yang berkaitan dengan pantai sementara yang tinggal di dataran dan hutan akan menghasilkan perkataan yang berkaitan dengan kawasan perhutanan pula. Ini termasuklah gaya sebutan dan lenggok perkataan yang digunakan. Masyarakat ketika itu hidup secara harmonis, mengamalkan sifat gotong royong, memungut hasil hutan, bertani atau ke laut.
Teori kedua pula menyebut tentang kedatangan Raja Melewar dan rombongannya yang terdiri dari mereka yang pandai bertikam ( pahlawan ) seramai 400 orang yang apabila sampai ke Negeri Sembilan atau disebut juga wilayah ke Sembilan Pagaruyong terus mendirikan penempatan atau perkampungan di serata Negeri Sembilan. Berlakulah perkahwinan di antara kaum pendatang dengan kaum-kaum tempatan ( suku Biduanda ). Suka diingatkan bahawa ahli bertikam yang mengiringi Raja Melewar bukannya orang Minangkabau yang terdiri dari 9 suku ( tidak termasuk anak Acheh, anak Melaka dan Biduanda ) tetapi orang-orang Siak ( terdapat persamaan bahasa Siak dengan bahasa Negeri Sembilan ) . Orang – orang Minangkabau datang kemudian secara beramai-ramai apabila mereka telah mendengar tentang wilayah Pagaruyong yang baru. Walaupun mereka membawa Bahasa Minangkabau, lama kelamaan bahasa ini telah diserap menjadi bahasa tempatan dan oleh sebab itulah majority orang Negeri Sembilan tidak menyebut atau menggunakan bahasa Minangkabau lagi kecuali kawasan Beranang atau beberapa tempat kecil sahaja di Negeri Sembilan. Mengikut sejarah kawasan Negeri Sembilan sebelum kedatangan Raja Melewar adalah wilayah Kerajaan Melayu Johor. Sebab itulah ada perumpamaan yang menyebut Negeri Sembilan ini sebagai “ Berajakan Johor, Bertalikan Siak dan Bertuankan Pagaruyong ”. Bertalikan Siak bermaksud 400 orang ahli bertikam sebagai pendatang awal dan bertuankan Pagaruyong sebagai mengambil anak raja di sana sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.
Di antara kedua teori tersebut, yang mana satukah lebih tepat dan diterima ramai tidak menjadi persoalan tetapi hakikatnya bahasa ini telah diguna pakai sehingga ke hari ini khususnya di kampung-kampung tradisi. Istilah-istilah yang digunakan agak unik, enak diucapkan dalam perbualan harian dan mengandungi unsur-unsur humor kalau digunakan pada tempat yang betul contoh “ eh ! dah terpaco dia ”,
maksud tiba-tiba dia dah mucul. Ironinya, masyarakat dewasa ini kurang berminat atau barangkali malu menuturkannya kerana telah menganggap ianya kuno atau tidak standard lagi, kalau adapun hanya sepatah dua kata sahaja. Apa lagi jenerasi muda yang rata-rata menganggapnya sudah ketinggalan zaman dam merasa malu jika didengar orang.
Atas kesedaran inilah, maka saya berbesar hati berusaha sekadar yang mampu untuk menyenaraikan sebanyak mungkin istilah-istilah yang telah diguna pakai dari dahulu sehingga sekarang dan diteruskan oleh jenerasi muda yang masih berbangga dengannya. Semoga usaha penyenaraian ini akan mendapat perhatian dan diteruskan lagi oleh anak negeri yang masih mencintai bahasa ethniknya sendiri dari segi kosa-kata dan ungkapan yang masih belum ditemui lagi
Sekian dari penyusun awal.
10 / Nov / 2012
Mizan zan
A
1. angka – suhu badan seperti hendak demam
2. ampai – jemur kain
3. acup – dalam / tenggelam
4. asey – saya
5. alih baro –
6. amek – ambil
7. amba – gulai tidak rasa garam
8. amba-ambaan – kain yang tidak kering atau tidak basah
9. ambek kau - terima padahnya
10. arai-arai - pokok bunga yang tidak boleh disuburkan lagi
11. aka-aka - dipermain-mainkan
B
1. berbiri-biri – bertolak-tolakan
2. bumin – gelap gelita
3. bega – degil
4. boleng – bogel
5. bogek – degil
6. bincek – masalah
7. bingit – bising
8. bocek – anak ikan haruan
9. bekecapuih – buat kerja tak cukup masa
10. beketupeh – buat kerja tak cukup masa
11. boda – pukul kuat dengan kayu
12. bengot – rosak ( dented )
13. baeh – baling dengan kayu
14. bersememaian – bertaburan
15. betokak – berkelahi
16. banga – busuk
17. bingai – gila / bodah
18. bonda – anak air
19. buah baru mencelah – buah baru nak masak
20. buah tengah lahat – buah tengah lebat
21. buah dah teriang – buah dah nak habis
22. bederet-deret – berbaris-baris
23. bepinau – kepala pusing
24. bekerunai – kotor
25. bintat-bintat – kesan gigitan serangga
26. bongka – timbul atau bangun
27. berong – tidak lurus
28. bobot – gemok dan gebu
29. balon – habiskan semua makanan
30. bontuih – kenyang-sekenyangkenyangnya / kenyang dek minum
31. bangang – bodoh
32. basau – lemah / makanan yang lebih tempohnya / basi
33. binawe – perkataan yang bermaksud cacian
34. bingkeh – tercabut / masuk perangkap setelah tertutup
35. bicak – tanah basah dek hujan
36. bincut – bengkak
37. binjek – ambil sedikit makanan dengan jari
38. bok hisap – makan apa sahaja yang dapat
39. batat – pekat dan keras
40. bangka – kayu pokok yang terendam di dalam sungai atau paya
41. buntang – rupa mata yang bulat dan besar
42. boko – makanan seperti wajik atau penganan yang dibawa ke rumah saudara selepas kawin
43. berpondot-pondot - buah dipokok terlalu banyak seperti betik
44. badi – semangat penyakit
45. belobau – terjatuh ke dalam air
46. bongap – bodoh
47. bodobin – jatuh terhempas ke tanah
48. boseit – libas
49. bosa burak – cakap besar
50. bosulumak – mulut penuh dengan sisa makanan
51. bosulumeh - sama seperti di atas
52. bongak atau mongak – bohong / tipu
53. biaweh – buah jambu kampung yang banyak biji
54. belorak – merasai akan buah yang belum masak, masih muda lagi.
55. berjuntai-juntai – contohnya buah rambai yang terlalu lebat dan memanjang ke bawah
56. berloghrup – dirasai apabila mengunyah buah yang hampir-hampir masak seperti buah jambu batu.
57. berpiong – berpusing
58. berbalau-balau – berbelang-belang / bersinar-sinar
59. belolah – berlari
60. berjelago – kotoran pada pelita minyak tanah
61. bonak - bodoh
62. bersepah-sepah - terlau banyak bilangannya
63. bungko - bodah teramat sangat
64. burak - berbual-bual
65. bedobet - jatuh dengan kuat
66. bodontung - bunyi yang amat kuat
67. belum poghopan - belum siap lagi
68. bodosing - sakit telinga mendengar akan sesuatu
69. bantai kau - lakukan apa yang kau suka
70. bedorau - terkejut ( contoh: bodorau darah den )
91. bedorau - dah turun ( contoh: hujan dah bedorau )
92. bedama - pening dan terdiam ( bedama muke eh! kena lompang )
93. bersapau - duduk atau tinggal berlama-lamaan di suatu tempat
94. bergasak - makan dengan banyak atau buat bersungguh-sungguh
95. berangguh - berkumpul sanak saudara di suatu rumah sewaktu perkahwinan
96. bangsai - punah atau rosak habis ( rumah moyang eh ! dah bangsai )
97. cun melecun - tersangat cantik ( terbit dari percakapan remaja sekarang )
98. bonggeng - terdedah
99. bongok - bodoh
100.bonto - sejenis tumbuhan rendah dalam paya yang menyebabkan badan gatal jika disentuh
101.begolek - kenduri besar
102.bergolekan - terdapat dengan banyak di atas tanah seperti buah durian yang jatuh waktu malam
103.bergolek-gelantang = tinggal di suatu tempat yang dikunjungi seperti rumah sendiri
104.berenggeir - tinggal di suatu tempat yang dikunjung seperti rumah sendiri
105.beghaghit - bergerak ( malasnya kau ni ! beghaghitlah sikit ).
106.bergayut-gayut - buah yang lebat di dahannya .
107.bajau - tidak tinggal setempat / baju T
108.baning - degil yang teramat sangat
109.bayang - seperti hendak tumbang
110.bentong - kecil tak mahu besar-besar
111.biaweh -jambu batu
112.biak - lecah / kawasan air bertakung
113.bincau - kecoh sambil marah
114.bidik - baling
115.binga -pekak
116.bobok - air masuk ke dalam mulut dengan banyaknya
117.bobek - balut
118.becoghabih - banyak cakap
119.becoghidau -membising
120.bocokak - berkelahi
121.bodahagi - susah / leceh
122.bodaso - berbaloi
123.boghipuk - bertimbun ( kain baju yang bertimbun )
124.bodok - pukul dengan kayu
125.boghoghok - bertengkar
126.boghojin - naik angin / marah
127.bogomunto - bunyi bising
128.bojangek - lama menunggu
129.bogho - muka merah padam kerana marah atau malu
130.boghonjeng - menari-nari
131.boghoroman - kain baju yang berlunggunk-lungguk
132.bojoman - menunggu terlalu lama
133.bojooh - buat kerja ramai-ramai dengan suka ria
134.bojonggeng - berjemur
135.bokiak - suara kanak-kanak menangis secara beramai-ramai
136.bokighah - bergerak
137.bokonak - berkumpul anak beranak sebagai persiapan untuk kenduri kawin
138.botating - menghidangkan makanan
139.bokolelang - sakit yang teramat sangat
140.bokotunjang - menahan sakit yang teramat sangat
141.bokuak - mengarah orang supaya ke tepi
142.bekolintau - berpusing-pusing di tempat yang sama
143.bokoludat - keruh atau air berkarat
144.bokotupak - bau busuk yang terperangkap
145.bokotenteng - terloncat-loncat kerana sakit
146.bokotinjah - memijak-mijak sesuatu dengan sesuka hati
147.bokotuntang - kelam kabut
148.bokotutuih - becok
149.bokundo-kundo - bergerak kesuatu tempat beramai-ramai
150.bolimpap - kain yang berlonggok dan belum dilipat
151.bolo - membersihkan haiwan selepas disembelih
152.bolong - bocor yang besar
153.bondong - angkut atau punggah
154.bonak - bodoh atau bebal
155.bonyo - biskut yang direndam terlalu lama di dalam minuman
156.bosoka - gula yang berlebihan pada kuih wajik
157.bosoko - merayau tanpa tujuan.
158.bosolehet - comot / kotor
159.bosolopeng - kerak hingus yang melekat di pipi
160.bosolopet - najis yang tidak habis dicuci yang melekat di punggung
161.bosolepot - duduk atas lantai
162.bosomemai - bertaburan
163.bosonghayang - bergelandangan
164.botenggong - duduk atas batang kayu yang sudah rebah
165.botighai - kain yang koyak rabak
166.bosolighat - keadaan yang terlalu banyak atau tidak terurus
167.bototam - berhimpit-himpit untuk melihat sesuatu yang menarik ( excited )
168.bukat - air yang berkeladak
169.boepak-epak - berlambak-lambak
170.bobenta - berpusing-pusing
171.bodamar - perik akibat kena tampar
172.bodocit -berbunyi
173.bodosup -laju
174.boghombik - terlalu banyak
175.bolengkar - tidur merata-rata
176.bolongging - tidak memakai baju
177.bejo-ong - untung besar
C
1. comporo – mandi lama dan bersuka-sukaan dalam sungai
2. cekadak – perangai
3. capal – selipar
4. cobak – gali
5. cetot – hubungan sex
6. cemat – pukul dengan ranting kayu atau lidi
7. cocokehan – nak cepat
8. cuek – tanamkan / pacakkan
9. ceneke – tidak berlaku jujur
10. cikun – curi
11. cikai – bayaran ke atas sesuatu
12. cucut – sedut air
13. congkot – kesejukan
14. calong – bekas air
15. cebok – bekas air atau basuh punggung selepas buang air besar
16. chairmay – kosong ( daun trup )
17. cupil - di tepi / nyaris jatuh kebawah
18. cangap - cabang di hujung buluh untuk mengambil buah
19. cegak mata kau - terang mata selepas minum teh
20. cuak - takut
21. cengini - macam ini ( cengini cara buek eh ! )
22. cokau - tangkap ( cokau ayam dalam reban tu ! )
23. colek - sentuh ( jangan dicolek dinding yang baru dicat tu ! )
24. congkau - capai ( tak tercongkau den den yo ! )
25. cun-melocun - tersangat cantik ( terbit dari percakapan remaja sekarang )
26. cembeng - sedih
27. cibir - menjelir lidah
28. cilut - curi benda-benda kecil
29. coghreng - comot
30. cobau - tetak
31. celait - lampu suluh ( berasal dari BI - touch-light )
32. cogholang - mata yang terbuka dan bersinar
33. capuk-capuk - bertompok-tompok
34. congkuit - pengikut ( followers )
35. copot - sejemput / ambil sedikit dengan tangan
36. cuci - rosak / punah
37. coghuh - lumat
38. colungap - makan dengan golojoh
D
1. dobik – pukul dengan tangan khususnya di belakang badan
2. den – saya
3. debot – gemok
4. dengket – air cetek
5. dompot – pendek
6. dobush – terlepas
7. dogheh – cepat
8. dodat / dudut – minum tanpa gunakan cawan atau gelas
9. dedulu – zaman dahulu
10. dah kelicit luho – sudah masuk zuhur
11. digodak - didapatkan atau dicari
12. dijujut - ditarik
13. dah bungkuih - gagal atau sudah mati
14. diruih - curahkan
15. dibogolkan - dikumpulkan
16. dek ari - disebabkan cuaca panas
17. dikenok-kenoknya - seseorang yang mengatakan apa sahaja yang dibuat oleh orang lain semuanya salah belaka.
18. dengkot - terhincut-hincut
19. diang - memanaskan badan dekat dengan api
20. domut - lemah / lembab
21.
E
1. ensot – bergerak sedikit
2. epong – makan buah tanpa mengupas kulitnya
3. eleh - manja
4. engkoh - mengurus / peduli
5. entaher - mengiyakan sesuatu
G
1. gana – semata-mata
2. gedempong – terlalu gemok
3. ginco – gaulkan
4. ghuyup – basah kuyup
5. ghoroh – nyawa
6. ghubu – jolok
7. ghobu – putih empuk
8. gunjai – tinggi
9. gundu – tinggi lampai
10. gacik – potong kecil-kecil
11. gobok – tempat menyimpan makanan
12. godak – kacau
13. gombo – pecah-pecahkan tanah
14. goyeh – tiang atau gigi longgar
15. gait – ambil buah dengan kayu
16. ghongak – rosak
17. gaha – gesel
18. golo – dapat masalah / susah
19. ghongkoh – menarik dahan ke bawah supaya buah boleh diambil
20. ghruntun – buah digugurkan sebelum masak oleh kera
21. ghrompong – gigi berlubang
22. godang – besar
23. ghamuih – muka penuh dengan bulu ( hairy )
24. gaysot – potong atau kerat dengan pisau atau gergaji
25. gaywai – pukul dengan benda panjang
26. gayat – orang asli
27. ghombay – tak diperdulikan akan cakap seseorang
28. ghayat – takut akan ketinggian
29. ghemah – sisa makan di atas lantai
30. goba – selimut
31. ghoman – raut muka
32. geletek – geli
33. gelesek – gosok dengan kuat
34. gaynyot – ubi atau buah yang sudah masuk angin / lisut
35. gomen – kerajaan ( berasal dari perkataan Inggeris – Government )
36. gairbong – disondol lalu dimakan seperti babi memakan ubi kayu
37. ghewang - khayal
38. ghodah - dibuat / dicari
39. ghopoi - hancur
40. ghahai - rosak teruk
41. gobek - sejenis alat untuk melumatkan sirih ( berasal dari perkataan Inggeris " go and back " )
42. gudam - kena hentam ( berasal dari perkataan Inggeris - god damn )
43. ghairbeh - tidak terurus
44. gasak kau - buat sendiri dan terimalah akibatnya
45. gesek - sembelih dengan pisau
46. gedobok - besar dan hodoh
47. gilan-gilan - pandir
48. ghontian - minta maaf ( berasal dari perkataan hentikan - ghontian takkan dapek dek kau do ? )
49. ghinek - tanda-tanda
50. ghopang - pangkas / potong
51. gabak - koyak atau kehabisan
52. geboih - terlalu besar
53. ghembat - bergaduh / baling sesuatu ke dinding / dicuri orang
54. ghembeh - sejenis cangkul / tajak
55. ghobeh - hujan renyai
56. gombeh - mengada-ngada keterlaluan
57. ghopeh - makan
58. ghosan - hampir basi
59. ghenceh - makhluk yang kononnya memotong kepala untuk takutkan kanak-kanak
60. ghinso - badan rasa tidak selesa kerana panas atau tidak mandi
61. ghopong - alat ditiup untuk menghidupkan api
62. godek - kacau
63. gelemey - lemak pada daging lembu
64. gomeng - kelapa yang tiada isi / menggoyangkan kepala
65. ghepeng - penyek
66. gaduh -risau
67. golo dek eh - susahlah macam ini
68. gheha - tempat meletakkan al-quran untuk dibaca
H
1. hobin – pukul
2. hulu-hala – tidak tentu arah kerana dahaga
3. hamput – memarahi
4. hoga – menggoncang pokok supaya buah gugur
5. hurai – buka dan taburkan
6. hongeh – penat berjalan / makan terlalu banyak
7. hampeh – tak berguna
8. hapah – apapun tiada
9. humang ai ! - kagum akan sesuatu
10. herot – tidak lurus
11. haram – tidak melakukan permintaan atau arahan seseorang
12. hadang - halang atau penghalang
13. hunjam - jalan sejauh-jauhnya dengan sepenuh tenaga
14. hapik - tidak diperdulikan
15. hati kaudu - sangat busuk hati
16. hojan - teran / meneran
17. humbeh - gasak / bantai
18. hapak - busuk
I
1. ibu sako – generasi tua
2. imbeh - urus / layan
J
1. jongkeh – mati keras / ketawa bagai nak rak
2. jongkit - degil
3. jobo – tidak tahu malu
4. jobak – perangkap burung
5. Jibam – nama orang tempatan
6. joghan – serik
7. jogheh – buat penat
8. joki – rezeki
9. jigat – kaku kerana menangis
10. juang kail - joran pancing
11. jadah - faedah ( contoh: apa jadah eh ! )
12. jorang air - masak air
13. juntang-kalang - dalam keadaan yang tidak kemas dan tersusun,
14. jalang - cair / tidak pekat
15. jamba - dulang
16. jingang - terpinga-pinga
17. joghan - serik
18. jokin - teramat yakin
19. judu - pasangan
20. jujut - ditarik
21. junujanah - mereka / mereka cerita
K
1. koka – kacau padi yang dijemur supaya cepat kering
2. kolokai – habis semua
3. kono losang – kena sengat
4. kenairneng – tidak tentu arah
5. koghopai – bakul
6. ketuntang – tak duduk diam
7. ketenteng – jalan dengan satu kaki
8. kompot – kudong
9. ketot – pendek
10. kola – potong daging ikan atau daging secara berbaris-baris
11. kuti – cubit dengan jari
12. kelilau – tidak tentu arah
13. kluklaha – tidak tentu arah kerana pedas
14. koporit – terlalu nakal ( berasal dari perkataan Inggeris – culprit )
15. kepiting – kedekut
16. kirap – buang atau tuang air ke dalam longkang
17. kopok – tempat menyimpan padi
18. kongkang – duduk di atas bahu orang yang bergerak
19. kuak – ketepikan
20. kubeh – putih atau cerah
21. kepantangan – pantang sekali
22. kelibat – bayang seseorang
23. kirai kain – goyangkan kain
24. kobeh – curi / upacara berubat
25. kelimbek – bayangan seseorang
26. koting – bahagian kaki dari lutut ke bawa
27. kelihar sedikit – lega sedikit
28. komat – kena ilmu
29. kisai – mengganggu lipatan kain / bertaburan
30. kopam – kehitaman kerana dah lama tak basuh
31. kelolong – suka buat bising
32. kemain – bukan main
33. kecoloan – tidak dapat menutup malu / kantoi
34. kolinggoman – geli melihat akan sesuatu seperti ulat
35. kataden – saya berkata
36. katakau – kamu yang berkata
37. keirbok – ketepikan
38. konit – kecil
39. kocet – poket
40. kochik – kecil
41. koman – ketinggalan zaman ( berasal dari perkataan Inggeris - common )
42. kitai – kibas
43. kenceng – kenyit
44. kotomeneh – ragam
45. kainsal – tuala mandi
46. kelompong – kosong
47. kolopong – ondeh-ondeh / buah Melaka
48. koyok – sombong
49. koleh – keluarkan isi durian dari bijinya untuk dibuat tempoyak
50. koghroh – dengkur
51. keirpok – lentur atau bengkokkan
52. kederek kebaruh – merayau-rayau dari rumah ke rumah
53. kaba – pati kelapa perahan kedua dan ketiga
54. kuih-kuihkan – ketepikan
55. kohok – busuk / niat buruk
56. kobok – mengambil lauk dengan tangan, sepatutnya dengan sudu ketika makan
57. kebagroh – hala ke bawah
58. kederek – hala ke atas
59. kicak – meminta kerana tidak malu
60. kalang - empangan atau sekatan
61. keladak - kotoran di dalam air
62. kopek - ketiak / buah dada wanita
63. kupek - buka atau belah buah-buahan
64. kandar - pikul
65. korang - kamu semua ( terbit dari percakapan remaja sekarang )
66. keluneh - kecil
67. kompuih - bertambah kecil / menjadikan perut bertambah kecil
68. kame - uli / bancuh dengan tangan
69. karang - selepas ini
70. kawan - suami atau isteri
71. kayu berakal - membuat persiapan untuk kenduri kahwin
72. kemot - kemek
73. kenen - mengurat anak dara orang / nak dijudukan
74. kepeh - basah kuyup
75. kepet - kempis / tidak gebu
76. kecet - tiada biji
77. keset - biji yang kecil
78. kilit - kelecek bola
79. kitai - libas / kibas
80. kobok - ambil sesuatu di tempat yang dalam tanpa melihatnya
81. koghobong - ambil makanan tanpa menggunakan sudu
82. koghomau / koghomuih - ramas atau cakar kerana marah
83. koghajat - juadah
84. koghuntong / kuntong - bekas untuk mengisi ikan di pinggang semasa menjala
85. kokhoghrek - baki makanan yang tinggal sedikit.
86. kolapo - mencabahkan biji benih
87. kolayak - diterbangkan oleh angin
88. kelemot - tidak licin atau tidak rata
89. kolikanak - pintu dari ruang tengah rumah menuju ke dapur
90. kololong - kesakitan akibat terkena benda panas
91. kolompong - buah tiada isi dimakan tupai
92. kolongkiak - sejenis serangga yang menggigit dari jenis anai-anai
93. kolopo - dikebas / dilesang / diserang oleh ayam
94. koluhum - umum / pukul rata
95. kolenset - pukul / lipat ke atas / tanggalkan kulit ayam selepas disembelih
96. kolokati - kacip pinang
97. kolosar - buat kerja tidak cermat
98. kelimbahan - air bertakung di belakang dapur tidak mengalir dan berbau busuk.
99. kolutong / koghutong - kerumun
100.kelimbuaian - perangai tidak senonoh / tidak tahu ditegah orang
101.komap - terdiam / tergamam
102.komat - tarikan / terkena ilmu orang / terkena gula-gula
103.koghumuih - menghurung
104.koliha - kelaparan
105.komeh - menghabiskan nasi atau lauk
106.kopam -hitam / kotor
107.kosan eh - rupanya
108.kosompokan - terjumpa secara tidak sengaja
109.ketulahan - badi / sumpahan
110.kua - kacau nasi supaya masak serata
111.kucung -balut / balutan
112.kudap - makan
113.kuei - pondok tempat simpan padi / kepok
114.kumam - mengulum makanan
115.kutak-katik - buat ikut suka
116.kuyo - sejenis hama putih yg melekat di celah kacang panjang dan lain-lain
L
1. likat – pekat
2. leyteng – jentik telinga dengan jari
3. lapun – makan tanpa izin atau sekenyang-kenyangnya
4. lenyek pisang – hancurkan pisang untuk buat kueh
5. lunyah – dipijak
6. lurut – dipisahkan dari tangkainya
7. lobuk-lobak – jatuh dengan banyaknya
8. longkeh – tanggal
9. lelan – hayal / leka
10. logar – hantukkan
11. locut – baling dengan batu / cabut lari
12. lugeh – tumbuk dengan tangan dari arah bawah
13. lompa – anjung rumah
14. layo – salai
15. layoh – lemah
16. lutap – makan dengan cepat
17. lohong – bodoh / besar / barai
18. longjan – terlalu penat berjalan ( berasal dari perkataan Inggeris – long journey )
19. lontung – langgar
20. lokok – curam / berlubang
21. lolok – makan dengan banyak dan cepat
22. lopok – tampar
23. lopok- lopak – bunyi seperti orang berkelahi
24. licih – potong halus-halus
25. lobo – lepaskan / benamkan / masukkan
26. luruh – buang bisa dari badan pesakit / daun atau buah habis gugur
27. lombong – pinggan yang lekok ke dalam
28. layot – tua / rendah atau ke bawah
29. lumu – dipalitkan muka dengan sesuatu
30. lunyai – rosak / hancur
31. locit – membuang selemur dari hidung
32. locot – lebam terkena panas / melecur
33. longot – kotor
34. lontung-lontang –bunyi yang teramat bising
35. longuk-longak – keadaan yang terlalu teruk seperti jalan raya
36. losang – disengat oleh serangga / penangan seseorang
37. leweh – lemah / tawar
38. lunggah – dilanggar ( bulldoze )
39. lokek – kedekut
40. loghoi – hancur
41. loteng – bilik di tingkat atas ( perkataan Hokien )
42. loleh – potong atau kerat daging
43. longkung-longkang – bunyi seperti orang sedang membuat kerja
44. lilih – potong dengan pisau
45. lari larau - sesuatu yang tidak tepat dan berubah-ubah sepergi ketika menyanyi
46. lompung - tampar / pukul
47. langsai - selesai segala hutang
48. longang - tiada orang di sana
49. luak - berkurangan
50. licau - kehabisan
51. lapek - alas
52. lagu - perangai atau cara ( mungkin ditiru dari bahasa utara Semenanjung )
53. lomau - sudah masuk angin khususnya biskut
54. lungguk - kumpul atau simpan ( dah lamo den lungguk duit ni nak ke mekah ! )
55. losulosau - bunyi seperti sesuatu bergerak pantas di dalam semak
56. lisot - buah yang masak belum cukup tempohnya
57. ligat - gasing yang berpusing dengan lajunya
58. lompung-lompang - berbagai bunyi kedengaran yang teramat bising.
59. lulo - dimakan secara menelan dan tak payah dikunyah
60. loho - menjadi besar kerana selalu digunakan
61. landung - sepak
62. laghah - buruk
63. langgai - tempat membakar lemang
64. lanteh - tembus
65. lantung - tersangat busuk
66. lecok - coret
67. lele ( tolele ) - cuai
68. leweh - lemah
69. lobong - berlubang
70. locun - basah kuyup
71. lodoh - lumat / hancur
72. logat - menangis sampai tak keluar suara
73. lohong - berlubang yang sangat besar
74. lompa - beranda rumah
75. lonco - putus tunang
76. longit - kalah main
77. lonjap - basah
78. lotong - kotor
79. lontuih - panggilan untuk budak degil
80. lueh - muntahkan
81. lukuih - basah dek peluh
82. lulut - selut / lumpur
83. lukuk - ketuk kepala dengan jari
84. luncuih - tirus
85. luyu - mengantuk
M
1. meghasai – merana
2. memboko – terpinga-pinga
3. memancak-mancak – bersilat-silat
4. melanush – nasi penuh dengan kuah
5. mengoning – perut buncit
6. menyungko - jatuh tertangkup
7. mengeletek – mengelupur
8. mengugu – menangis tak berhenti-henti
9. menopong – pecah
10. mendobut – lari dengan pantas
11. mantai – sembelih lembu
12. mengoreh – gugur
13. monung – termenung
14. mengelopai – mengelupur
15. menteneng – terlalu kenyang sehingga nampak perut
16. melengkar – tidur macam ular
17. melangsit – tidur terlalu lama
18. mencerabih – cakap tidak tentu arah
19. mencangut-cangut – seperti nyawa-nyawa ikan
20. megrombik – terlalu banyak seperti ulat
21. mada – tidak dapat atau pandai belajar
22. memburan – buang air besar
23. melopong – memandang kosong ke arah sesuatu
24. menyelansang – memarahi
25. meghomut – banyak seperti semut
26. membibih – terlalu banyak air yang keluar
27. melahu – merayau
28. merambu – merayau
29. menajo – kail cucuk
30. menderu-deru – terlalu ramai
31. mengambur – cuba keluar dari bekas seperti ikan
32. meloncek – melompat
33. membobok – air keluar terlalu banyak
34. meladung – nasi penuh dengan kuah
35. melanguk – ke sana ke mari tanpa tujuan
36. monggo – membakar sesuatu
37. moghron – membakar sampah
38. mentedarah – makan dengan lahapnya
39. mencicit – melarikan diri dengan pantas seperti tikus atau tupai
40. mencelinap – hilang dengan cepat seperti arnab
41. mengelintin – melompat-lompat kerana kesakitan
42. membuto – tidur tidak kira masa
43. mencurek-curek – air keluar tidak henti-henti
44. mengengkot – kesejukan
45. menghengkoh – membawa barang berat
46. memek – lembik ( nasi ini memek )
47. mencelungap – mencuri makanan seperti kucing
48. mencikun – mencuri
49. mencanak – lari atau jalan laju tanpa menoleh ke belakang
50. mentanau – makan sehingga tegak seperti burung tanau
51. menconcong – berjalan sendirian tanpa memperdulikan orang lain
52. meladus – merokok
53. muak – jemu
54. mangga – pelepah kelapa
55. melambak-lambak - menunjukkan banyak
56. melolong – menangis sekuat-kuatnya
57. menitih – air terkeluar sedikit demi sedikit di bawah periuk
58. mendosut – memandu dengan laju
59. mohdoreh – mari cepat
60. mencocoh – tersangat penas
61. marin – hari itu / kelmarin
62. membaysey – kerap membuang air kecil
63. mencieh-cieh - berpeluh-peluh
64. mendhorak – ramai atau banyak
65. mengeliat – regangkan badan khususnya selepas tidur
66. menonoi – kudis atau luka yang bernanah dan sakit
67. menjoram – bunyi motor terlalu buat
68. mencipan – menghilangkan diri dengan pantas seperti lipan
69. memandai-mandai – buat-buat pandai
70. melayot-layot – buah rambutan contohnya terlalu lebat sehingga boleh dicapai tangan
71. menaga koghroh eh – berbunyi dengkurnya
72. memboyot – perut yang besar
73. mencirit – suatu cacian / punggung
74. membaning – berjalan di tengah panas tanpa baju
75. mamai – nyanyok
76. moyok – sakit
77. motan – penting ( berasal dari perkataan Inggeris Important )
78. melingkup - menghilangkan diri atau berambus
79. menggagau - kelam-kabut
80. monceh-monceh - yang kecil-kecil atau kurang penting
81. melempeng - tidak boleh digunakan / keadaan sangat teruk
82. mujor - bernasib baik
83. melehet-lehet - sesuatu yang melekat di sana sini
84. mengelebeh - kulit manusai yang suatu ketika tegang sekarang dah menjadi kendur
85. mengairlor - terlalu panjang
86. menodah - buang masa di suatu tempat
87. meghaban - pergi entah ke mana
88. memalam - waktu malam
89. menyeghingai - menyelongkar
90. melaircet - bahagian kaki yang bengkak memakai kasut terlalu lama
91. mogang - berkumpul dan menjamu selera beberapa hari sebelum masuk tarikh berpuasa
92. menongah - jalan ke tengah tanpa memperdulikan orang lain
93. moh doghreh - mari atau pergi cepat
94. melaghram - berlawa-lawaan
95. melancur - watery stools ( najis air )
96. makan ombong - boleh melakukan sesuatu yang disuruh orang yang diri merasa bangga
97. melancar - menghafal
98. membana - tidur sepanjang hari
99. manjangan - kepala pengamal ilmu hitam yang terbang waktu malam mencari mangsa
100. melilau-lilau - berjalan tidak tentu halatuju
101. mekasi - terima kasih ( terbit dari percakapan remaja sekarang )
102. mangkin - menjadi ( tapai yang kau buat itu tak mangkin )
103. mangai - uh mang eh ! ( expresi terkejut akan kehebatan sesuatu )
104. melantak - makan sebanyak yang mungkin
105. mensiang - sejenis tumbuhan tinggi dalam paya yang menyebabkan badan gatal jika disentuh
106. mengumbo-ngumbo - membesar dengan cepat / api membesar dengan cepat
107. melesa - bahagian bawah kain yang mencecah tanah
108. melonto-lonto - dahan pokok yang condong ke bawah kerana terlalu banyak buah.
109. menginding-ngiding - menghampiri untuk tujuan meminta sesuatu
110. menebeng-nebeng - menghampiri untuk tujuan mendapatkan sesuatu juga.
111. menyampah - meluat / benci akan sesuatu
112. manai - badan tidak sihat / lemah
113. menjala - tidur kekenyangan seperti ular
114. meleweh - pokok kepala tidak lagi berbuah dengan banyaknya
115. melampuh - terlalu banyak khususnya buahan
116. meong - kuat merajuk / otak berapa betul
117. moncongak / tercangok - duduk tanpa tujuan
118. monghahang - melalak
119. moghahau - bercakap kuat-kuat
120. moghelo - panjang
121. moghewai - berjalan yang tidak lurus
122. monghungap - keadaan nafas yang keletihan
123. moghanduk - mengharung air
124. mengeban - menjela-jela
125. monghungap - mengah
126. moghogheh - benda-benda seperti daun atau rambut berguguran
127. moghonggoh - pergi ke suatu tempat beramai-ramai
128. moghoning - bengkak kemerah-merahan
129. moghonyok - merajuk
130. moghosit - mengunyah makan ringan
131. moghotul - tukul besi
132. moghumbo-ghumbo - keadaan api marak dan menjulang-julang
133. moghuboi - rambut panjang yang tidak terurus
134. mogun - termenung
135. molampa - bertaburan
136. melampuh - terlalu banyak
137. molondut - melayut / kendur
138. melehet - hingus yang mengalir di pipi
139. molongoh - menangis berpanjangan
140. molaghah - buah-buahan yang gugur tidak berkutip
141. molayau / moleyak - keadaan air yang melempah ke atas lantai
142. molesa - kain yang labuh sehingga mencecah lantai
143. melese - suka duduk dekat-dekat dengan orang lain
144. moluha / molaha - kepedasan
145. molukah - perempuan yang suka duduk terkangkang
146. molunggun - bertimbun
147. momboko - terlepas sesuatu peluang / padan muka
148. mombumbung - pergi entah ke mana
149. membungkam - tidur
150. memepe - bunyi suara yang sumbang dan sakit telinga
151. mompulon - jatuh
152. monabe - tumpah / berciciran
153. monabir - darah yang banyak akibat luka
154. moncamek - benci sangat
155. moncoghidau - becok
156. moncolongo -harum
157. monculin - lari yang teramat laju
158. mondahagi / bedahagi - susah diajak berbuat sesuatu
159. mendaghek - temberang / cerita yang tak masuk akal
160. meneneng - sakit berdenyut
161. mengicak - meminta-minta
162. mengirap - naik darah
163. monghorik-hoghik - menyanyi atau bercakap sampai ternampak urat leher
164. mongokeh kais seperti ayam
165. mengelintau - mencari sesuatu dengan perasaan cemas
166. mongolesah / mongolusuh - gelisah / duduk tak diam
167. monghonggang - bernafas dengan laju kerana keletihan
168. mongolinjang - terlompat-lompat kerana gembira
169. mongolujut - menggigil kerana keletihan
170. mengumba - berpatah balik
171. monogoh - jalan pergi dan datang dengan segera
172. menonong -berjalan pantas tanpa lihat kiri dan kanan
173. montegheh - perut yang kekenyangan
174. montibang - tak tau pergi ke mana
175. monueng - mengekor ke mana orang pergi
176. monugheh - tahu
177. monyisik - menyelongkar sama dengan monyoleme
178. monyolangsang - bertandang ke rumah orang
179. monyongit - bau busuk dari badan
180. monyopak - makan berbunyi
181. monyonggau - rasa pedas atau kepanasan
182. menyungkam - jatuh tersadung dengan muka ke bawah
183. menjeje - panjang, melele atau menitik
184. merengkeh - keadaan oarang yang membawa bebanan berat
185. morengkoh / moghengkeh - keadaan berat bawa beban
186. manjang rugi - sentiasa rugi.
187. menghayau - dipenuhi air
188. mak datok - sungguh hairan
N
1. nonggok – duduk bersahaja
2. nangnga – pandanglah
3. nasi membubu – nasi penuh sepinggan
4. ngirap – marah
5. ngungkit – membawa cerita lama menyebabkan kemarahan
6. ngarit – bergerak melakukan sesuatu
7. ngosit – makan benda ringan sedikit demi sedikit
8. ngoca – tangkap ikan dengan jeramak ( jala kecil )
9. noneh – nanas
10. ngok atau ngong - bodoh ( ngong berasal dari perkataan Hokien )
11. nyuruk-nyuruk - sejenis permainan kanak-kanak ( hide and seek )
13. naik minyak - marah atau mengada-ngada
14. nijam - masa ini ( terbit dari percakapan remaja sekarang )
15. ngonyei - memakan sesuatu sepertu kuaci secara perlahan-lahan
16. ngosey - memakan sesuatu sepanjang waktu
17. nekmoyang sodap eh ! - tentang makanan yang terlalu sedap ( extremely )
18. nangoi - anak babi
19. ngisai - buat sepah / selongkar
20. ngongilanan - buat perangai gila-gila bahasa
21. nompan - sepadan / bergaya / sesuai
22. nunuk-nanak - terkejar ke sana ke sini dengan pantas untuk mendapatkan sesuatu
23. nyaghi - makan sahur ( untuk puasa )
24. nyinggah - kena / dapat
25. nokoh - sepadan atau sesuai
O
1. okap – tamak
2. onap – mendap
3. ompong – bodoh
4. onceh-onceh – yang tidak penting / remeh
5. ongap – nafas
6. obush – pastikan
7. otuih – tapis / biarkan mendap
8. ontok-ontok – duduk diam-diam
9. onyang – moyang
10. oma – buah yang rosak atau empuk kerana terjatuh dari pokok yang tinggi
11. ompuk - lembut
12. osel - gunakan wang simpanan sedikit demi sedikit sehingga habis
13. olek - kenduri besar
14. osah - benarkah ? ( osah kau tak do duit ni ? )
15. ocup / acup - tenggelam
16. oghuk - bising
17. ongeh - mengah
18. ongkoh - iras ( rupa )
19.
P
1. pelakong – pukul
2. pojo – hujan lebat
3. pengoring – semangat
4. pelaso / poloser – pemalas
5. pioh – pulas
6. pewai – tua gayot, longlai, penat, letih
7. peletok – patahkan
8. pirek-pirek – pisahkan biji padi dari tangkainya / tenyeh / lunyah
9. polak – panas / jemu
10. pengka – jalan tidak betul kerana sakit
11. perut tebuseh – perut terkeluar kerana gemuk
12. peicok – tidak lurus
13. peluto – kuat pembohong
14. pauk – tetak
15. pongolan – buluh untuk menggait buah / galah
16. peteng – tenguk atau perhati sebelum menembak ( aim )
17. pororok – dipergaduhkan
18. porokeh – hadiah wang
19. punat – pusat / bahagian paling penting
20. puga – jolok atau masukkan ke dalam mulut sesuatu makanan / sumbatkan
21. penampa – lempang
22. pokok kek kau – suka hati kamu
23. polosit – nakal / jahat / sejenis belalang akuan orang
24. pencalit api – macis api
25. pangkin – tempat duduk-duduk ( perkataan Hokien )
26. poghan – bahagian di tepi atap di dalam rumah yang boleh disimpan barangan.
27. poi – pergi
28. penyogan – pemalas
29. porak – kawasan kecil yang berpagar di tepi dapur untuk menanam keperluan memasak
30. piun - posman
31. petarang - sarang atau tempat tinggal yang usang
32. phoghoi - terlalu reput
33. pulut - menarik keluar ( berasal dari perkataan Inggeris " pull out " )
34. pipir - meleraikan buah dari tangkai
35. pughruk - sorokan
36. pangkeh - memotong dahan pokok
37. palut - bungkus
38. poghiso - sedap ( gulai ni tak poghiso ! )
39. penanggalan - sama seperti manjangan ( kepala pengamal ilmu hitam yang terbang waktu malam )
40. poghrat - rasa yang kurang enak khususnya sayur terung yang telah digulai
41. pastu - selepas itu ( terbit dari percakapan remaja sekarang )
42. peghajin - seseorang yang sangat rajin bekerja .
43. pait - tak mahu
44. panggilan - jemputan kawin
45. panta - dulang untuk meletak makanan
46. pegheh - teruk / susah
47. pencong - tak lurus / bengkok
48. peta - fokus mata sebelum membaling sesuatu
49. piuh - pintal / cubit
50. pocek - komen
51. podulik ajab - tidak mengambil endah lagi
52. poloso - pemalas
53. pomola - lucu / kelakar / lawak
54. pomongak - pembohong
55. pencolek angek -punca
56. ponggit - mengada-ngada
57. ponggo - bakar hingga rentung
58. pongopan ( belum pongopan lagi ) - sedia
59. posuk - berlubang
60. pudek / pondot - menyumbat pakaian ke dalam almari yang padat
61. puga - tenyeh
62. pugeh - main hentam
63. pundung - pondok / dangau
64. puntang-panting - lari lintang pukang
65.
R
1. radak – tikam
2. ronggeng - tarian
S
1. sodoalah – semua ( kosodoalah - kesemuanya )
2. songeh – perangai
3. sonak – sakit perut
4. sonsang – sepak / salah / meluru
5. sigai – tangga buluh untuk mengambil air nira
6. sobun – telah tertimbus / tidak boleh dipakai lagi seperti perigi
7. susup – sorokan
8. sontot – pendek atau gemuk
9. sondot – pendek dan gemok
10. siang – bersihkan ikan untuk dibuat gulai
11. sonta - cuci atau kikis pinggan atau periuk
12. sumpeh / sumpek / - sumbing ( digunakan ke atas mata parang atau pisau )
13. seykeh – ketuk kepala dengan kepala jari
14. sotai atau kotai – rosak atau buruk
15. songkang – tutup atau tahan dengan sesuatu
16. sungkit – keluarkan sesuatu dari bawah dengan kayu
17. sombam – lemah semacam berpenyakit
18. sugon - menenyeh / menyental muka seseorang ke atas permukaan lantai
19. sokah – dahan patah
20. sodo – seadanya
21. selompap – selonggok
22. sosah – pukul dengan kayu
23. sondat – padat
24. serabai – sejenis makanan bulan puasa diperbuat dari beras / tak kemas
25. sangkak – buluh yang dibelah supaya boleh mengambil buah-buahan
26. sekerap – getah kering dari pokok getah
27. selilit – penuh dengan hutang
28. semumeh - comot di mulut
29. sepicing – tidur sekejap
30. singkek – bangsat / miskin
31. sewat – sambar / rentap
32. sengkelet – sekeh / ketuk biasanya di kepala
33. siniya – di sini
34. senua – di sana
35. sanun – di sana
36. senteng – pendek, contohnya seluar
37. sewa – ilham / gambaran
38. sampuk – ditegur kuasa ghaib
39. soka – keras dan kering
40. senaja – tidak dapat mengawal basikal turun dari bukit lalu jatuh ke dalam semak
41. sibak - selak ( kain atau langsir )
42. selepot – duduk sambil kedua kaki ke belakang
43. senayan – hari Isnin
44. selemo – hingus
45. sambal gesek – sambal lada
46. songkon – bodoh
47. sungkok-sangkak – merangkak di dalam semak untuk mencari sesuatu.
48. selorau – hujan dengan lebatnya tetapi sekejap
49. secoet - sedikit
50. sanggo - sambut dengan tangan
51. selompap / selopok - menjelaskan bayaran dengan jumlah yang besar
52. sebar - luaskan ( dia hendak sebar rumahnya )
53. sempong - robek
54. seghoman - rupa sama sahaja
55. Sandar - sejenis tumbuhan di dalam sawah yang boleh dibuat gulai
56. selompar - sebidang kecil tanah
57. sede - diabai-abaikan / tak ambil berat /sambil lewa
58. siapaleh / chapaleh - minta dijauhkan dari bahaya
59. siah - elak
60. simbo - simbah dengan air
61. sitap - sepet ( mata )
62. sobulek - dikumpulkan menjadi satu dalam bekas
63. sojak - segak / bergaya
64. sokolap - tidur sekejap
65. so'eh - kenyang sebab makan
66. solala - sama / sefesyen
67. solanjar - terus menerus tanpa tersekat atau terhenti
68. sonala - pada kebiasaan / selalunya
69. senegheh - senonoh / tepat betul
70. sengayut - bergayut
71. songkalan - batu giling
72. sopalit - sikit sangat
73. sopah - makan
74. songge - sengeh
75. songkeh - sangat kenyang
76. sontak - hingga / sampai
77. sotai - kertas yang hampir hancur dirobek-robek
78. sugi - sental
79. suki - cukup makan ikut sukatan / keperluan
80. stemet - anggaran
81. sunu - perbuatan mengarahkan kepala ke arah suatu tempat
82. songkit - terlalu kenyang
83. sekoli daro - masakan yang penuh sekuali
T
1. tercanak – tegak
2. teleng – juling
3. terkeluceh – kaki tercedera ketika berjalan
4. toek – kosong ( lempeng toek )
5. tebungkeh – tercabut
6. terkelepot – jatuh dan tak boleh bangun
7. taek – sedap sangat
8. tergolek – jatuh ke tanah
9. tengahari gaego – tengahari tepat
10. terkemama – terkesima / kehairanan
11. tenjot – jalan seperti orang cedera
12. terbeliak – mata terbuka luas
13. tuntong – terbalikkan atau curahkan
14. tongka – degil
15. terjeluek – rasa nak muntah
16. tungka – tumbang
17. tutuh – potong dahan kayu dengan parang
18. teriang – penghujung
19. tupang – sokong dahan daripada jatuh atau patah
20. tesonte – terkeluar sedikit
21. terbungkang – mati dalam keadaan kaki dan tangan ke atas
22. tak terhengkoh – tak terlaksana
23. tersongge – ketawa nampak gigi
24. terkincit – buang air besar sedikit demi sedikit
25. tempolok – perut sendiri
26. tak tegembalo – tak terurus
27. tercaduk – terkeluar
28. tak senereh – tak senonoh
29. tak menureh – tidak cekap atau pandai
30. tak nyonyeh – tak rosak
31. tak semonggah – buat kerja yang tak berfaedah
32. tengkot – jalan tak stabil kerana kesakitan
33. titik – pukul sehingga lumat / rotan
34. terembat – terhantuk
35. tukih – naik
36. tebarai – telah dikelurkan ( dismantle )
37. tercacak atau tercanak – lekat pada sesuatu
38. terkiak-kiak – dalam ketakutan sambil menangis
39. tepeleot – tidak dapat bangun kerana cedera
40. terpico – pantang dibiarkan lalu diambil orang
41. terpaco – muncul dengan tiba-tiba
42. toteh – memotong secara memancong
43. tua tau – arif kerana tua
44. toreh – menoreh getah
45. terlurus – lubang mayat memanjang di tengah-tengah lubang kubur
46. terkelepot – terbaring
47. terbulus – terlepas / jatuh ke bawah
48. terpuruk – tidak dapat keluar dari kawasan berlumpur
49. terpelosok – dalam keadaan yang sukar untuk keluar
50. telayang – hampir nak tertidur
51. ternonok-ternanak - berjalan tidak tentu arah lalu tersungkur
52. terbureh – terbuka dan terkeluar
53. terhencot-hencot - jalan perlahan dan kelihatan sangat serik
54. tersembam – jatuh ke tanah dengan muka dahulu
55. tirih – bocor
56. tuam – tekan
57. tak belocit – tak berbunyi
58. tokih – hampir / nyaris
59. talo – bantai / belasah / rotan
60. tempeleng – lempang
61. tokak – selera
62. tetoyek atau kekorek – lebihan atau kerak rendang dalam kuali
63. togamam – terkejut
64. tarak – tiada
65. terjungkit – ternaik ke atas
66. tak goso dek den yo ! saya malas buat
67. tochlit – lampu suluh ( berasal dari perkataan Inggeris - torchlight )
68. tak berkotak – tak berbunyi
69. tekulu tekilir – kepercayaan dukun tentang penyakit malaria
70. tak goso – malas nak buat
71. tak diapekkannya – tak diperdulikannya
72. tercirit – tidak dapat mengawal membuang air besar
73. terbuseh – perut besar yang terkeluar apabila memakai kain
74. tersantak – terlalu hampir
75. toreh-toreh – penting-penting
76. telapak - rumah atau tempat tinggal
77. tebughai - terkeluar secara tak sengaja
78. tercabut - menyerupai
79. tobek - paya
80. togah dek kau - disebabkan oleh kamu
81. togel - tidak berpakaian
82. terkeghonyok - rosak atau tercemar
83. tak selakuan - tak senonoh
84. tang air - anak sungai
85. tutuh dek kau - buatlah sesuka hati kamu
86. tekelicik - jatuh ke tanah kerana licin
87. taruk - bubuh
88. taghruh - letak / simpan
89. tuang - masukkan atau curahkan air ke dlm sesuatu
90. tak suki - tak cukup
91. tebar - lepaskan jala ke dalam sungai / mencanai roti
92. tinggal lagi - lagipun ( dah lamo dio nak ke mekah tinggal lagi badannya tak sihat )
93. terkopak - pecah ( dinding rumah itu telah terkopak )
94. terkupek - tercabut ( tapak kasutnya telah terkupek )
95. tersonggea - tersenyum lama dan nampak gigi
96. tersengeh - tersenyum sahaja
97. teleher - tekak atau selera seseorang
98. tekau eh ! - kata awak
99. tejorang - sedang dimasak
100. toboh - tempat ( contoh: kek mano toboh eh ? )
101. tak senereh - tidak senonoh / serba tidak tahu
102. tebelesey - keadaan yang tidak berdaya
103. tak kotawanan - tak pasti / ragu-ragu apa yang hendak dibuat
104. tandeh - kehabisan
105. tak selaku - tak senonoh
106. tanjul - ikat
107. tebok / tenok - ditanduk oleh lembu
108. tenang - menumpu perhatian sebelum menembak atau memanah
109. tiek - seliuh ( tak patah tiek )
110. timpan - lepat ( sejenis kueh )
111. tingkeh - sudah habis
112. tobe'eng - sengkak / terlalu kenyang
113. toboba - gempar / terkejut
114. toboghongau - kudis / luka yang terbuka luas
115. toboleghan - hairan
116. tobolengot - merajuk / sensitif
117. toboleseh - cepat atau mudah merajuk
118. tobo'o - perasaan tersangat malu
119. tocangok / tocongak - berdiri tiba-tiba tanpa berkata-kata
120. toghoghau - terkejut besar
121. tojolepot - terduduk
122. tokoliak / tokoliek - salah urat kerana tergelincir atau terjatuh
123. tokoneneng - berpinar-pinar
124. togamang - terperanjat / terkejut
125. tojolubuih - terperosok / terbolos ( jatuh ke dalam lubang )
126. tokinyam - hendak lagi
127. tokolayak - tergelincir
128. tokolebak - terkoyak / tersiat
129. tokhighap - tumpah
130. tokoluceh - terlucut / terlepas
131. tokong - sepotong / sekerat
132. toledan-ledan - melengah-lengahkan kerja
133. tolengkang - terbiar
134. tolopo - terleka sekejap / terbuka
135. tomoleng - berpaling
136. tona - riuh / gegak gempita
137. tongging - malu-maluan
138. tonggong - besar / tegap
139. tongkuluk - kain ikat rambut orang perempuan
140. topodok - terbenam dalam
141. tosunam - tersungkur muka ke bawah
142. totungek - terbali kaki ke atas dan kepala ke bawah
143. tughik - pekak
144. tumuih - benam / tekan
145. tungkun - kayu untuk hidupkan api
146. tuntung - memasukan air ke dalam bekas
147. tombolang - cerita sebenarnya / tidak baik / busuk
148. takek - memauk dengan parang
149. telentok - dah nak tidur
U
1. uwan - nenek
2. unggih - gigit
3. uceh - melepas / tak dapat
4. ujo - cari momentum / acah
5. ulit - lembab / pelahan
6. ula-ula - resah gelisah / tidak boleh bangun dengan cepat kerana kaki cram
7 . umpok - hak
8 . upah serayo - buat kerja sukarela / tanpa bayaran
9. uncah - ganggu atau kacau
· Dalam usaha untuk melengkapkan sebanyak mungkin semua perkataan yang diguna pakai di Negeri Sembilan, saya dengan sengaja memasukan perkataan-perkataan terbitan, perkataan-perkataan yang terbit dari percakapan kanak-kanak, perkataan yang dipinjam dari Bahasa Inggeris atau Bahasa Cina, rangkaikata / phrasa gaya negeri dan yang penting sekali ialah perkataan-perkataan Negeri Sembilan yang asli sahaja. Oleh itu saya rasa ada 5 jenis perkataan –perkataan yang saya cuba muatkan ke dalam glossori ringkas ini. Insyaallah.
1. Jenis terbitan tempatan
a. Dodulu – zaman dahulu
b. Kemain – bukan main
c. Joki – rezeki
d. Marin – kelmarin
e. Onyang –moyang
2. Jenis pinjaman dari Bahasa Inggeris atau Bahasa Cina
a. Koporit – culprit ( Inggeris )
b. Longjan – long journey ( Inggeris )
c. Koman – common ( Inggeris )
d. Loteng – bilik di tingkat atas ( Cina )
e. Pangkin – tempat duduk-duduk ( Cina )
3. Terbit dari percakapan kanak-kanak
a. Siniya – di sini
b. Senua – di sana
c. Sanun – di sana
d. Katakau – kamu yang berkata
e. Nangnga – pandanglah
4. Perkataan Negeri Sembilan yang asli
a. Bekecapuih – buat kerja dalam keadaan tak cukup masa
b. Terkemama – terkejut
c. Kolinggoman – geli melihat akan sesuatu seperti ulat
d. Terpeleot – jatuh dan tak boleh bangun
e. Tenjot – berjalan tidak stabil kerena cedera
f. Comporo – mandi berlama-lamaan dalam sungai
5. Rangkaikata / phrasa gaya negeri
a. Tak goso dek den yo – saya malas hendak buat
b. Dah kelicit luho – sudah masuk waktu zuhur
c. Humang ei ! – kagum akan sesuatu
d. Pokok dek kau – suka hati mu
· Perkataan-perkataan seperti mano – mana, kito – kita, copek – cepat dan lain-lain bukanlah perkataan asli negeri tetapi disebut secara dialek negeridan tidak dimasukkan ke dalam glossori ini.
· Terdapat juga perkataan-perkataan yang dengan tidak sengaja dimasukkanoleh penyusun padahal ianya digunakan di negeri-negeri lain kerana penyususn tidak dapat membezakannya dan jika ada teguran amat dialu-alukan.
Salam hormat dari penyususn,
Mizan zan